Sunday, September 6, 2015

Percubaan mencoret semula blog lama

Assalamualaikum ,

Janggal lepas lebih 5 tahun tinggal blogging , masihkah releven ?

Utk tatapan dan coretan akan datang , mungkin masih diperlukan posting update terkini berkaitan family

akan cuba buat beberapa adjustment , nantikan


Monday, January 4, 2010

Our 3rd Handsome Baby Boy

Alhamdulillah. Segala puji bagi Allah.






Muhammad Azfar Rayyan telah selamat dilahirkan ke dunia ini pada tanggal 23 Disember 2009 , jam 10.13 pagi dengan berat 3.67kg di Sunway Medical Centre.

Segalanya berjalan lancar , cuma sakit kuning masih belum pulih sepenuhnya.

Terima kasih atas doa , ucapakan , ziarah dan ingatan teman-teman . Mohon tolong sama-sama doakan agar Azfar akan menjadi insan yang berguna bagi ibubapa,masyarakat dan agama.

Ameen.

Wednesday, November 18, 2009

Selamat Menunaikan Haji

Musim Ibadah Fardhu haji dah tiba. Ramai bakal-bakal jemaah haji telah berangkat ke Tanah Suci.

Sangat cemburu dengan rakan-rakan , Abg Faizal dan Isteri , Kak Aini , Kak Aizah , yang telah diberikan jemputan oleh Tuhan yang Maha Pengasih dan Penyayang.

Insya Allah , sedang berusaha untuk ke sana secepat mungkin , tolong doakan ....

Tuesday, November 10, 2009

sibuk

sangat sangat sibuk dan tak sempat nak update ape-ape , from week after another

maaf la ek , next week insya allah , try to conteng something 

Saturday, October 31, 2009

Beradab dalam berbicara

Tidak dinafikan,blogger banyak memainkan peranan.Apa tah lagi,ahli grassroot yang banyak menyumbang keringat wang ringgit dan tenaga, membantu ikhlas dalam perjuangan.

Namun, ke manakah adab kita sebagai seorang muslim,sebagai seorang pencinta keharmonian? Semuanya hilang. Dalam krisis mendepani pehamahan dan pendapat yang berbeza, akhlak itu yang menyerlahkan siapa diri kita sebenar.

Satu pihak mengutuk sekeras-kerasnya Tuan Guru,sampaikan lebih teruk dan lebih hina daripada perompak dan penjenayah.Dikorek segala sejarah kisah silam semata-mata untuk menjatuhkan martabat dan maruah seorang Ulamak.

Tok Guru pula ada pihak menghentamnya. Sudah lama bertakhta, sudah nyanyuk., dipergunakan penasihat-penasihat. Terlalu banyak kenyataan kepada Tok Guru diberikan, oleh Blogger yang dulu nya menyanjung,memuji dan mengagumi. Kini , nada dan intonasi sekadar selari dengan kehendak musuh tradisi, musang berbulu yang menanti nanti kerosakan dan kehancuran ukhuuwah dalam jemaah.

Tolak ketepilah apa pendapat dan pandangan Tuan Guru dan Tok Guru berdua ini. Siapa diri kita sebenarnya nak dibandingkan dengan tokoh ulamak ini. Bagaimana solat kita,puasa kita,amalan kita dibandingkan dengan tokoh ulamak ini. Kata-katanya berbekalkan solat tahajjud yang tidak tinggal sejak sekian lama, hujjah dan pendapat mereka berdasarkan ilmu curahan rahmat dari kitab al quran.

Malang amat lah malang. Kita berkokok seperti mereka, sedangkan orang lain bertepik mempunyai tujuan dan agenda. Kita terikut langkah dan kokokan sumbang.

Kasihan Ulamak dicerca, dikeji,seperti pengemis tua di kaki lima. Malaun, perompak dan penyangak dibiarkan malah disanjung....

Sunday, October 25, 2009

Bom Meletup di Puncak Jalil/Damai Utama/Bandar Kinrara

Berita dari Utusan Malaysia. Kejadian yang jauhnya kurang 500 meter dari rumah kami.



Ulasan lanjut, layari blog Tok Mudin